Monday 8 April 2013

norman KORUPSI

x cakap banyak

norma zaman sekarang "korupsi" = kerajaan


let me tell u a cerita


kita sering rasa x puas hati dan ditindas kerana kita SUSAH

kerana kita lihat orang lain sekeliling kita SUSAH

kerana kita juga dihimpit SUSAH


ini common factor,


"kita akan duduk disebelah orang yang merokok jika kita perokok

sembang bola dengan orang minat bola

membenci dengan orang yang juga membenci"



 "kita tidak akan pergi duduk disebelah awek wangi untuk merokok

di sebelah makcik yang bertasbih untuk sembang bola

dan membenci disebelah imam masjid negeri"



kuasa common factor ini


akan mewujudkan rasa selesa dan rasa belonging


tapi saya tidak mahu cerita betapa dalam nya laut china selatan

atau betapa busuknya seorang nepal yang bekerja dari shift pagi hingga ke malam di mamak


 PERSEPSI


saya nak cerita, kenapa kita susah dan kita menuding jari ke arah orang yang selesa?

korupsi?



CERITA NORMAN


norman selalu berpesan kepada rakan2,

usaha masing2 rezeki masing,

so

"fuck off kalau korg nak kata aku kaya korupt",


 norman anak orang susah,

belajar rajin2 hingga ke perth

balik mampu mendirikan sebuah syarikat

yang kini memakan 28 ribu satu bulan

namun norman masih lepak dgn kami yang susah 

perjalanan norman hendak ke 28ribu sebulan amat perit

ditinggalkan kami ketika syarikat mendapat tender besar kerana kami masing2 ada komitmen

dan tidak yakin dengan keupayaan beliau (pada masa itu)

dia mula dengan sebuah premis kecil tanpa ikatan dengan mana2 YB atau Dato' yang korupt


tiada korupsi


dia "semayang punya olang"

dia membina empayar dari perit jerih usaha

dan mula mendapat tempat dalam "social stake" yg lebih tinggi


seperti orang lain,


"social stake" yg lebih tinggi mengakibatkan norman


tidak boleh mengajak kerani dan ofis boy nya yang suam2 susah masuk kedalam meeting CEO

tidak boleh mengajak makcik cleaner sama2 membentangkan kertas kerja

tidak boleh menceritakan perihal audit syarikat kepada jiran nya Tok man yang rajin menyiram bunga

dan tidak boleh bergurau suam2 lucah dengan pekerja nya sepertimana beliau dengan kami

dan merapatkan dato'2 untuk rapat dengan beliau kerana norman sudah kaya dan berjaya


PERSEPSI OFISBOY


ofisboy norman berkawan dengan ofisboy kompani kawan norman

ketika minum kopi mereka membenci bos masing2 katanya

"RM1200 mane mau nye chor ! dia kaya pakai BIEMDABELIU X6 makan ribu2 aku xkan banyak ni je, ini semua korupsi, syarikat makan ribu2, aku makan banyak ni"



PERSEPSI NORMAN

norman hari ini marah, kerana zarith kawan norman yang juga ofisboy

menyampaikan cerita ini,

norman tidak berkata apa sambil dengan tenang memberhentikan ofisboy nya yang berkelulusan SPM

kami kenal norman, norman benci akan orang yang tidak faham bahasa dan

norman juga berdarah muda seperti kami

ya berdarah muda kesatria seperti kami2 yang sering bertekak dengan mamak



PERSEPSI OFISBOY (KAWAN NORMAN)


nama dia zarith, zarith kenal norman dari kecil

zarith tahu norman seorang budak buas yang pandai

pandai akibat kerajinan beliau membaca buku

zarith sebaliknya memilih untuk "bersenang2 dahulu, bersusah2 kemudian"

dia kini susah namun dia xpernah dengki dengan norman

bagi zarith "you gotta earn what you want to earn"

zarith dulu budak punk, zarith ada band dekat Ipoh, kami penah jadi groupie zarith

sebab tu zarith xkisah jadi ofisboy (yang ni persepsi kami)


APABILA NORMAN BERKHUTBAH


harini norman berkhutbah kepada kami semasa kami melepak sesudahnya saya habis shift malam

norman dengan separa mengantuk menceritakan perihal usaha

"This is life man, u gotta fix it"

norman berbahasa mat salleh

"Fuck off la everybody, aku macamni harini Allah bagi, aku usaha"

norman berbahasa rojak

"najib xbagi aku projek, aku xkisah lah, aku boleh survive, Allah ada"

norman dalam nada bongkak dan humble

"KALAU DIA NAK BISING2 SURUH DIA BELAJAR PANDAI2 MACAM AKU, BARU JADI BOS LA"

norman dalam nada marah dan bongkak

"Aku update status pasal BN budak ni bantai cakap aku macai BN, eh fuck off la, it's my right man"

norman berpolitik

 ketika norman marah, kami akan order roti bakar dan teo'ais

kerana kami susah dan xmampu makan tosey macam norman



tapi norman bayar minum malam ni


kami cakap


norman masih seperti dulu


okbai


Read More

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena