Saturday 9 February 2013

Pre-#OkJomBelum.






Kalau Dragonball ada tujuh biji, kali ini kami pula ada 7 orang. Mari aku ceritakan rentetan perjalan pre-#OkJomBelum.




1) Marhaen / Jeb (@JetsamCadillac)

Trip kali ini diorganisasikan oleh abah segala #OkJom yg engkorang selalu nampak dekat tuiter tu, iaitu brader Jeb. Terima kasih brader Jeb kerana berkorban kredit, nasik, rokok, penat lelah, serta keringat dalam melancarkan misi kali ini. Kalau brader Jeb maju, maknanya Ipoh pun turut maju. Stadium Ipoh sentiasa dibawah pengawasan dia.

Lokasi: Ipoh, bersebelahan Stadium Indera Mulia.



2) Annas Bustam (@Ikhwan_Annas)

Dia juga lebih manja dengan gelaran Bulat, atau nama artisnya, Mr.O. Pernah menjadi ahli atasan pasukan pengakap sekolah dan mahir dengan ikatan-ikatan pengakap. Namun dia masih belum dapat mengikat mana-mana makwe lagi berbekalkan ilmu ikatan pengakap yg dimilikinya. Kebolehan paling brutal sekali adalah boleh terapung dan membentuk sebuah pulau, jika dicampakkan di tasik atau laut. Namun masih belum dapat dibuktikan lagi oleh mana-mana pihak.

Lokasi: Ipoh, jiran kepada Herri Bittersweet.



3)  Iqbal Aziz (@jebonlalok)

Spisis ini agak rare, dan antara yg sedang pupus sekarang. Sukar dilihat diwaktu malam dan berkebolehan menggantung pakaian berhanger, di badan sendiri. Bahasa yg digunakan juga sukar difahami dan berbelit, dipercayai sebagai bahasa urdu kuno. Juga penggemar setia ceramah Dr. Maza.


Lokasi: Butterworth ---> UTP, Tronoh.



4) Fadhil Akhmal (@fadhilakhmal)

Pelopor kepada #Sikaters (Sindiket Tanpa Arah Tuju). Pernah mengelilingi semenanjung tanah air untuk mendapatkan air terjun dan aktiviti lasak. Mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan ular tedung hanya dengan menggunakan bau mulut. Selain itu, nombor wassappnya juga pernah dipau oleh seorang amoi, secara gentle. 


Lokasi: Sungai Buloh, Selangor.



5) Zikril Hakim (@tikusmando)

Garang dan jenis yg derhaka kepada kawan-kawan. Dahagakan kasih sayang alam sekitar serta mempunyai sepasang mata yg autozoom. OK, tu je.


Lokasi: Taman Desa, Kolumpo ---> Tasek, Ipoh.



6) Zuly Yazid (TIADA)

Pemutsal paling tegar setakat ini. Memiliki sepasang tangan yg bersaiz XXL dan berperangai pelik mengikut naluri binats. Kadang-kadang menjelma sebagai Adi Putra, dan kadang-kadang sebagai Fadhli Saas. Salah seorang anggota #Sikaters.


Lokasi: Puncak Alam



7) NaiM (@naim_talib)

Seorang yg berani memakai baju Hawaii walaupun hanya melepak di tepi kolam. Mempunyai masalah 'lambat' paling kronik di Malaysia. Wajahnya jikalau runsing nampak runsing, jikalau gembira, nampak runsing juga. Masih bujang dan tidak takut bini.


Lokasi: Kelana Jaya ---> Ipoh Jaya, Ipoh.











Kalau belum ke Belum lagi, marilah ke Belum supaya orang lain yg belum ke Belum boleh jeles dengan kita yg entah belum ke sudah ke Belum ni.






0 comments:

Post a Comment

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena