Showing posts with label Fikiran Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Fikiran Hari Ini. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Alkisah di Waktu Pagi : Pak Ustaz itu Pembunuh!


Nak dijadikan cerita pada suatu hari seorang remaja B sedang sedap menghirup secangkir kopi panas sambil menikmati udara pagi di warung Pak Sako. 

Dengan tiba - tiba bahunya ditepuk dari belakang, remaja A, rakannya terus melulu duduk di sebelah remaja B seraya berbisik ke telinganya..



Pssstt.. Pssttt...

Kau ada dengar tak?


Dengar apa?


Dengar apa kau kata?

Alaahh.. Cerita Pak Ustaz itu.. Apa kau tidak tahu? Nak tahu?


Khabarkan sahaja.. Usah berteka - teki lagi...


Pak Ustaz itu bunuh anak perempuannya sendiri!!


..............
Kau biar betul. Jangan main tuduh ustaz - ustaz, diorang orang alim tu. Dosa kau tahu.


Aku cakap benda betul. Tak tipu, tak fitnah. 


Gila ah.. Binatang pun tahu sayang anak!  Habis tu, sekarang dia kena hukuman gantung ke?


Tak..


Tak? Habis tu kena penjara ke?


Yup, penjara sekejap je, kemudian dibebaskan.


(Berdiam, khusyuk dan tekun menunggu penjelasan lebih lanjut)


Pak Ustaz tu duduk di negara Islam. Undang - undang Islam mereka kata bapa tak boleh dituduh bunuh anak. Cuma bayar ganti rugi kepada emaknya..


Err... Kau biar betul. Ngarutlah kau..
(Berlalu begitu sahaja meninggalkan  secawan kopi separuh penuh di atas meja)











Saudi Islamist preacher on trial in daughter's slaying




Read More

Monday, 4 February 2013

Bila Aku Bercerita Tentang PSY



Gua muncul lagi dengan entri seterusnya agar blog ini tidak terus melabuhkan habuk dan sarang incik spidey (walhal incik tikus sudah lama bersarang.. ceh..). herherher..


Kali ni gua cuba nak petik sikit pasal isu yang tengah hangat, yang menjadi trending remaja muda - mudi yang menaip di Tweeter, berkenaan PSY dan bayaran RM 2juta nya...
(Tumpang populariti, mana tahu boleh dapat hit untuk blog ini.. Alhamdulillah...)



Gua tak nak cerita pasal sumber bayaran tersebut, pasal dah disiarkan pun di dada serta perut akhbar tentang penajaan syarikat swasta tersebut (baru cakap tak nak cerita, dah tercerita..), yang penting mereka telah membuat kenyataan rasmi bahawa tiada dana awam yang terlibat.

Pasal apa benefit/manfaat yang syarikat tersebut dapat melalui penajaan itu, kita biarkan sahajalah mereka dan korporat mereka. Diorang pun nak cari makan.. herherher..



Yang buatkan gua terus menerus membayangkan dan meneliti isu PSY yang akan membuat kemunculan di sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini adalah, apakah tindakan menjemputnya itu suatu tindakan yang betul/benar/bernas? Atau tidak betul? Atau sipi - sipi betul? Atau gua yang tak betul? Apa korang ingat korang betul?


Bukan apa, panggil sorang artis, lalu dibayar mahal - mahal,, hanya untuk membuat persembahan, menyanyi, menari dan kemudian majlis pun selesai..

Gua masih tak mampu meletakkan satu justifikasi terhadap adegan itu kerana prinsip dan nilai hidup yang gua pegang selama ini meronta - ronta meminta penjelasan.

Terngiang - ngiang dalam kepala gua, "Betulkah? Salahkah? Mana satu? Baik yang banyakkah? Buruk yang banyakkah?"

Ahhh... Nampaknya gua belum mummayyiz, pasal gua tak mampu bezakan baik atau buruk.. herherher..


(Tarik nafas, hembus~ [=.="])


Untuk melanjutkan lagi tulisan gua ini, gua rasa macam nak cerita sesuatu...

tapi gua tak nak cerita pasal budaya hedonis, karang korang sumpah gua kata gua berfalsampah, walhal gua sendiri pun layan SNSD..

Dan gua tak nak jugak cerita pasal rakyat miskin kebulur sebagainya, pasal masa sambutan itu makanan percuma, maka silalah hadirkan diri ke sambutan tersebut.. herherher..



Gua rasalah, ada baiknya gua tamatkan sahaja penulisan ini...



Maka, ternyatalah entri ini sememangnya tidak bermanfatat melainkan hanya satu taktik gua yang mahu menumpang populariti atas kehangatan isu yang berlaku..


Ipoh, Peace Yo~
Read More

Tuesday, 8 January 2013

Laranganisme



Sepanjang korang hidup; dari kecil bayi, akil baligh, masuk sekolah, masuk universiti malah ada yang dah kerja, korang semestinya mendengarkan berbagai -isme yang menjadi petanda kepada sebuah pemikiran, ideologi atau falsafah..

Kapitalisme, Komunisme, Liberalisme, Hedonisme, Pluralisme, Sosialisme, Populisme, Marxism, Taoism, Darwinism, Realism dan tak lupa juga kepada Onarisme (bukan Onani)..


Dalam masa menghayati serta mendengari setiap ideology yang muncul dalam nota, buku rujukan, mulut pensyarah, kita terlupa akan satu ideologi klasik yang usianya gagal ditentukan, malahan siapa pengasasnya sendiri pun tak mungkin untuk dicari..


Laranganisme..


Ya, sila baca sebutir - sebutir.. La-ra-nga-nis-me..

Sebuah ideologi klasik turun - temurun. Definisi bagi idea tersebut adalah seperti berikut :

Laranganisme mencadangkan bahawa setiap perkara yang menjadi ketidak-sukaan atau yang tidak digemari atau yang tidak diketahui boleh dilarang/tidak membenarkan/tidak diluluskan oleh pihak yang mempunyai kuasa atau keutamaan ke atas satu pihak yang lain. Larangan yang dibuat tidak memerlukan sebarang alasan rasional atau penjelasan ke atas larangan tersebut.

Ini definisi yang gua dapat dari WikiOtakku...



Contohnya, masa kecil dahulu, korang ingin meminta izin untuk keluar bermain,

"Mak, nak keluar main dengan Ah Chong," pinta korang.
"Tak Boleh!" ringkas balasan Mak.
"ala.. kenapa? orang main basikal kat depan rumah je.."
"Taakk Booleh!" dipanjangkan nada dan irama tetapi masih ringkas..


Itu semasa kecil.

Lalu bila korang meningkat dewasa, korang akan lebih sedar dan peka kepada laranganisme ini yang wujud di sekeliling korang..

Menteri Keselamatan Dalam Negeri bertitah, "Buku ini tak boleh dijual di Malaysia. Kementerian telah mengambil langkah untuk mem-ban kan ia.." 
Orang "Penting" juga turut bertitah, "Diharap rakyat tidak terpengaruh dan pergi ke rapat - rapat umum ini. Jangan pergi ke perhimpunan ini atau perhimpunan itu..." 
Mamat yang lebih "pandai" bertitah juga, "Ahhh.. jangan dengar cakap si fulan ini.. Sampah je semua isinya.." 
Dan tak terlepas kepada mamat - mamat "berilmu agama" juga turut bertitah, "Ideology ini sesat. Rosak akidah.. Lebih - lebih lagi Onarisme.. Malu kat orang..."


dan seterusnya, seterusnya...


Tapi...

Korang bukan lagi budak kecil yang hingusnya masih meleleh dan ini bukan lagi zaman berutus surat dan berkirim salam melalui posmen..

Carilah kebenaran yang lebih telus. Jangan hanya kerna satu pihak cakapa "TAK BOLEH", kita terus meletakkan batas tanpa sebarang usul periksa..

Cari, pelajari dan fahami sendiri..

Jangan biar diri anda dibelenggu "LARANGANISME"...




Read More

Sunday, 30 December 2012

Pintar Pinta Pixar.. Eh?!



Lewat ini, apabila gua bangun pagi, gua akan bertanya pada diri..

apakah makna 'keperluan'?


Siapa yang menetapkan 'perlu' atau 'tidak perlu'?

'Perlu' itu pula siapa yang ciptakan?

apakah 'perlu' dan 'perdu' itu sama? Bagaimana pula dengan 'hempedu'?



Ahhh.. makin menyimpang jauh, boleh tersesat akidah gua...

Senang cerita, gua sambung tidur balik dengan persoalan yang tak selesai, kita memerlukan TELEFON PINTAR atau sebuah KEPINTARAN ?


Gua tak tahu, pasal gua nak tidur... ZzzZzzz....
Read More

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena