Tuesday 8 January 2013

Laranganisme



Sepanjang korang hidup; dari kecil bayi, akil baligh, masuk sekolah, masuk universiti malah ada yang dah kerja, korang semestinya mendengarkan berbagai -isme yang menjadi petanda kepada sebuah pemikiran, ideologi atau falsafah..

Kapitalisme, Komunisme, Liberalisme, Hedonisme, Pluralisme, Sosialisme, Populisme, Marxism, Taoism, Darwinism, Realism dan tak lupa juga kepada Onarisme (bukan Onani)..


Dalam masa menghayati serta mendengari setiap ideology yang muncul dalam nota, buku rujukan, mulut pensyarah, kita terlupa akan satu ideologi klasik yang usianya gagal ditentukan, malahan siapa pengasasnya sendiri pun tak mungkin untuk dicari..


Laranganisme..


Ya, sila baca sebutir - sebutir.. La-ra-nga-nis-me..

Sebuah ideologi klasik turun - temurun. Definisi bagi idea tersebut adalah seperti berikut :

Laranganisme mencadangkan bahawa setiap perkara yang menjadi ketidak-sukaan atau yang tidak digemari atau yang tidak diketahui boleh dilarang/tidak membenarkan/tidak diluluskan oleh pihak yang mempunyai kuasa atau keutamaan ke atas satu pihak yang lain. Larangan yang dibuat tidak memerlukan sebarang alasan rasional atau penjelasan ke atas larangan tersebut.

Ini definisi yang gua dapat dari WikiOtakku...



Contohnya, masa kecil dahulu, korang ingin meminta izin untuk keluar bermain,

"Mak, nak keluar main dengan Ah Chong," pinta korang.
"Tak Boleh!" ringkas balasan Mak.
"ala.. kenapa? orang main basikal kat depan rumah je.."
"Taakk Booleh!" dipanjangkan nada dan irama tetapi masih ringkas..


Itu semasa kecil.

Lalu bila korang meningkat dewasa, korang akan lebih sedar dan peka kepada laranganisme ini yang wujud di sekeliling korang..

Menteri Keselamatan Dalam Negeri bertitah, "Buku ini tak boleh dijual di Malaysia. Kementerian telah mengambil langkah untuk mem-ban kan ia.." 
Orang "Penting" juga turut bertitah, "Diharap rakyat tidak terpengaruh dan pergi ke rapat - rapat umum ini. Jangan pergi ke perhimpunan ini atau perhimpunan itu..." 
Mamat yang lebih "pandai" bertitah juga, "Ahhh.. jangan dengar cakap si fulan ini.. Sampah je semua isinya.." 
Dan tak terlepas kepada mamat - mamat "berilmu agama" juga turut bertitah, "Ideology ini sesat. Rosak akidah.. Lebih - lebih lagi Onarisme.. Malu kat orang..."


dan seterusnya, seterusnya...


Tapi...

Korang bukan lagi budak kecil yang hingusnya masih meleleh dan ini bukan lagi zaman berutus surat dan berkirim salam melalui posmen..

Carilah kebenaran yang lebih telus. Jangan hanya kerna satu pihak cakapa "TAK BOLEH", kita terus meletakkan batas tanpa sebarang usul periksa..

Cari, pelajari dan fahami sendiri..

Jangan biar diri anda dibelenggu "LARANGANISME"...




0 comments:

Post a Comment

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena