Friday 18 January 2013

-sepatah ayat bijak-

adat memberontak ,

orang di Tanah Melayu tidak memberontak atas kejatuhan kerajaan jepun
orang di Tanah Melayu tidak memberontak atas tabiat justin bieber menghisap ganja
orang di Tanah Melayu tidak memberontak atas kekuatan chuck norris


tetapi mereka memberontak jika


Tanah Melayu itu dicabul,
Tanah Melayu itu dirompak
Tanah Melayu itu dijajah


kesinambungan?



Jika kamu itu darahnya muda
Jiwanya memberontak
Jiwannya menentang



kiblatkan



lihat sekeliling kamu
apa yang kurang?
lihat sekeliling kamu
apa yang bangang?



maka bangun dan bersorak lantang
maka bangun dan pergi menerajang



ini tidak


di negeri orang air nya abis
di negeri sendiri kita memaki2
di negeri orang royalti nya korup
di negeri sendiri kita meniarap



lihat sekeliling kamu



bangkang apa yang kurang
persetankan kawasan lain
persetankan ideologi
persetankan seruan menyeluruh


kerana yang azab itu


kamu , kamu , kamu



jika tiada yang kurang , tiada yang bangang

duduk hirup udara segar

bancuh kopi secawan dua

cicahkan biskut

dan kongsi cerita bahagia




sekian









Read More

Kulai Layu Disusukan Lembu

menetek

kasar?

abaikan


tahu baju melayu?
tahu keris melayu?


kenapa baju melayu poketnya di kiri dada di bahagian atas?

untuk menyusu?

itu bangang !


tujuan nya disitu adalah untuk bertempur ,

bukan untuk isi rokok
bukan untuk isi daun sireh
bukan untuk isi duit raya


kenapa?


dahulu adat resmi nya keris jika menikam

tikam ke jantung
robek pusing alur bengkok itu
meratah rusuk
mematikan denyut


jadi poket itu tujuannya untuk meletak plat besi
sebagai perisai jantung

bijak?

melayu memang bijak

kerisnya pendek ringan
beralur kasar bengkok2 agar boleh merodek sisa tulang dibawah kulit
ditempa bisa serba serbi disulamkan racun
agar bila luka sekali toreh mati azab memakan minggu


jadi jangan malukan melayu

kulai layu disusukan lembu





Read More

Thursday 17 January 2013

saya 3 tahun lalu

NOTA KEPALA : saya menulis post ini tiga tahun yang lalu , dan masih mindfuck , bagaimana personaliti ini kian berubah , maka bersedialah untuk berubah kerana yang tidak berubah itu hanya ego dan barisan kerajaan pemerintah


#Unrequited love(post separa sedar)

saya masih ingat..

dalam banyak2 org yg sudi mengasihi saya (mcmla byk sgt kn? haha)

mesti ada soal unrequited love..

dan..saya akui...

saya seoarang yg senang bingung, kufur cinta,dan kadang2 susah nak memahami

alangkah bagus kalo ada org mcm fynn jamal.. yang sudi mengangkat martabat laki2

yang tidak jiwang , berbahasa suweeet,

tapi saya akui saya seorang yang spontan dan sering dianggap romantik (poyo bukan?tapi itu hakikat)

dan kadang saya mengambil masa yang lama untuk menerima..

saya masih bingung bagaimana megagungi insan laen?atau mencintailah..

sehingga dia dtg..dan memberi rasa itu , yang saya rasa hampir kepada satu sumpahan, kerna ia amat membunuh

dan menonggeng !, ketika itu saya sedar ..ini lah rasa mencintai..makhluk..

dan saya sedar saya sedikit pun tak pernah rasa mcm itu pada ilahi mahupn kedua ibu bapa saya (insaf bukan kenyataan ini? )dan kini saya lebih matang..

tapi kematangan bukan pengukur level tuaian rasa cintan cintun saya

dia dahulu mengambil lebih dua tahun sebelum saya dapat membuang rasa geli2 untuk memanggilnya "s-a-y-a-n-g"

kerana saya gemar menggunakan kata ganti nama diri aku dan engko,


saya suka hanyut dengan "flow" dan tidak suka kegopohan dalam mengejar rasa geli2 ini..(bunyi gentleman bukan?)


sebab tempoh itu bukan lah untuk menerima, tetapi untuk membetuk acuan diri saya mengikut "rentak juara" si dia,kalo mau ikut acuan saya..mungkin kau tak bahagia ahahaha

sehingga die pergi tinggalkan satu noktah...dan saya benci untuk mengakui pernah merasai rasa ini..

kerna


jika tidak




mungkin saya akan mempunyai lebih ramai teman tapi mesra !! ahahaha




tapi serius..rasa geli2 cinta yg aku rasa dulu..patut aku pecahkan pada org yg sptutnya..




hahaha





ya memang saya sukar untuk memahami bahasa2 cintan cintun...dan saya harap saya akan kekal begitu..bukan saya market tinggi..tapi,atau saham yang mahal..saya cuba menjadi saya..


kerana setiap orang menyakiti orang laen dalam separa sedar..mungkin saya tidak sedar , kerana separa sedar saya adalah dalam keadaan mengantuk..saya mungkin menyakiti jadi saya cuba menyatkan secara general..

mungkin bagi pihak orang lain(cubaan merendah diri) , atau siapa2 sahaja yg berkaitan


kerana




saya cuba merendah diri..





serendah2 insan...



saya serba jahil




sekian..


yang sumbat
-jeb
Read More

Monday 14 January 2013

Medium.






Sesiapa pun boleh menjadi bangang. Namun, terdapat satu benda yg paling bangang iaitu televisyen. Televisyen ni sebenarnya sejenis medium atau saluran. Namun, disebabkan segala jenis saluran terkawal dan kadang-kadang dimanipulasi, termasuklah berita, maka kita perlu hati-hati supaya turut tak jadi bangang macam buletin yg konon-kononnya utama.
Read More

Tuesday 8 January 2013

Laranganisme



Sepanjang korang hidup; dari kecil bayi, akil baligh, masuk sekolah, masuk universiti malah ada yang dah kerja, korang semestinya mendengarkan berbagai -isme yang menjadi petanda kepada sebuah pemikiran, ideologi atau falsafah..

Kapitalisme, Komunisme, Liberalisme, Hedonisme, Pluralisme, Sosialisme, Populisme, Marxism, Taoism, Darwinism, Realism dan tak lupa juga kepada Onarisme (bukan Onani)..


Dalam masa menghayati serta mendengari setiap ideology yang muncul dalam nota, buku rujukan, mulut pensyarah, kita terlupa akan satu ideologi klasik yang usianya gagal ditentukan, malahan siapa pengasasnya sendiri pun tak mungkin untuk dicari..


Laranganisme..


Ya, sila baca sebutir - sebutir.. La-ra-nga-nis-me..

Sebuah ideologi klasik turun - temurun. Definisi bagi idea tersebut adalah seperti berikut :

Laranganisme mencadangkan bahawa setiap perkara yang menjadi ketidak-sukaan atau yang tidak digemari atau yang tidak diketahui boleh dilarang/tidak membenarkan/tidak diluluskan oleh pihak yang mempunyai kuasa atau keutamaan ke atas satu pihak yang lain. Larangan yang dibuat tidak memerlukan sebarang alasan rasional atau penjelasan ke atas larangan tersebut.

Ini definisi yang gua dapat dari WikiOtakku...



Contohnya, masa kecil dahulu, korang ingin meminta izin untuk keluar bermain,

"Mak, nak keluar main dengan Ah Chong," pinta korang.
"Tak Boleh!" ringkas balasan Mak.
"ala.. kenapa? orang main basikal kat depan rumah je.."
"Taakk Booleh!" dipanjangkan nada dan irama tetapi masih ringkas..


Itu semasa kecil.

Lalu bila korang meningkat dewasa, korang akan lebih sedar dan peka kepada laranganisme ini yang wujud di sekeliling korang..

Menteri Keselamatan Dalam Negeri bertitah, "Buku ini tak boleh dijual di Malaysia. Kementerian telah mengambil langkah untuk mem-ban kan ia.." 
Orang "Penting" juga turut bertitah, "Diharap rakyat tidak terpengaruh dan pergi ke rapat - rapat umum ini. Jangan pergi ke perhimpunan ini atau perhimpunan itu..." 
Mamat yang lebih "pandai" bertitah juga, "Ahhh.. jangan dengar cakap si fulan ini.. Sampah je semua isinya.." 
Dan tak terlepas kepada mamat - mamat "berilmu agama" juga turut bertitah, "Ideology ini sesat. Rosak akidah.. Lebih - lebih lagi Onarisme.. Malu kat orang..."


dan seterusnya, seterusnya...


Tapi...

Korang bukan lagi budak kecil yang hingusnya masih meleleh dan ini bukan lagi zaman berutus surat dan berkirim salam melalui posmen..

Carilah kebenaran yang lebih telus. Jangan hanya kerna satu pihak cakapa "TAK BOLEH", kita terus meletakkan batas tanpa sebarang usul periksa..

Cari, pelajari dan fahami sendiri..

Jangan biar diri anda dibelenggu "LARANGANISME"...




Read More

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena