Sunday 30 December 2012

Pintar Pinta Pixar.. Eh?!



Lewat ini, apabila gua bangun pagi, gua akan bertanya pada diri..

apakah makna 'keperluan'?


Siapa yang menetapkan 'perlu' atau 'tidak perlu'?

'Perlu' itu pula siapa yang ciptakan?

apakah 'perlu' dan 'perdu' itu sama? Bagaimana pula dengan 'hempedu'?



Ahhh.. makin menyimpang jauh, boleh tersesat akidah gua...

Senang cerita, gua sambung tidur balik dengan persoalan yang tak selesai, kita memerlukan TELEFON PINTAR atau sebuah KEPINTARAN ?


Gua tak tahu, pasal gua nak tidur... ZzzZzzz....
Read More

Tuesday 25 December 2012

norma mereka

#PostTiga


norma (nama sebenar)

norma mereka katanya

hidup harus ada

"kiri dan kanan
atas dan bawah
langit dan bumi
untung dan rugi"


lantas saya berfikir? apa tidak ada ruang untuk yang ditengah2?


yang ditengah2 ?




"yang mengangkat tangan semi-tinggi ,
yang menjawab soalan semi-jawapan
yang mengherdik sesuatu semi-mengherdik
yang memberontak semi-memberontak"




saya suka akan quote dari satu orang eropah yang terkenal dengan sastera tinggi nya

"you can not be neutral on a moving train"


ya falsafah yang saya quote ini adalah dari lagu


"deer dance : system of a down"


apa? system of a down  bukan ahli falsafah?


tidak mengapa


kutu dadah juga mampu berfalsafah
cuma kita saja belum mampu mengatakan yang falsafah itu
datangnya dari seorang kutu dadah


ini soal mampu


mampukah kamu serius?
mampukah kamu memberontak?
mampukah kamu tidak lagi berdiam diri?
mampukah kamu berdiri tegas?


jangan letak mampu itu pada orang lain
kerana hidup ini sudah terlalu banyak
orang yang meletakkan kemampuan bertindak itu
terbatas kerana belum mampu menangkis pandangan orang lain


ya seperti hari ini


saya berpura pura mampu menulis


dalam nada serius


itu norma mereka

"berpura pura"






Read More

Monday 24 December 2012

Akai ada? Akai??





Disebuah pasaraya,



"Krukkk krukkk krukkk krukkk......."



"Adik... Jangan garu!" Seorang wanita tiba-tiba bersuara menegur anaknya yg masih dalam lingkungan 2-3 tahun.



Perbuatan anaknya itu, menjadi tumpuan orang ramai. Termasuk juga keshier yg sedang sibuk bertungkus lumus memulangkan duit baki pelanggan.




"Krukkkk krakkk krukkkk krakkkkk........."



"Adikkkk....... Jangan garu kat dalam. Berapa kali mak nak cakap ni???" Ibunya bersuara lagi. Kali ini lebih tegas.



Budak lelaki yg bergelar "adik" itu, hilang fokus untuk meneruskan penggaruan. Tangan yg bertempat di dalam seluar, ditariknya keluar. Sambil itu, dia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memasukkannya semula dan meneruskan perbuatan tersebut. Mungkin, gatalnya masih belum surut. Mungkin jugak, entah ke miang buluh mana yg dah melekat di kawasan itu.





"Krukkkk krukkkkk krukkkkkkk"



Kali ini, lebih ramai mata yg memerhatikan gelagat itu. Semuanya berakhir dengan senyuman.




"Adikkkk....!" Nada si ibu sedikit menaik.


"Jangan garu kat dalam...... Nak garu, garu kat luar". Tegas si ibu kerana segan dengan krukkk krukkk krukk anaknya itu.





Tanpa diduga, budak itu pantas mengeluarkan tangannya dari dalam seluar, dan berlari meninggalkan ibunya.






"Krukkk krukkk krukkk........."




"Adik! Jangan garu......" Ucap si ibu sebaik mendapatkan anaknya yg berlalu pergi tadi.



"Kan ibu jugak yg cakap, nak garu, garu kat luar? Ni kat luar la ni". Balas si anak sambil meneruskan penggaruannya di luar pasaraya, tetapi tangan masih di dalam seluar.





***




Tengoklah betapa sucinya pemikiran budak-budak. Mereka sudah mampu berfikir secara lojik. Mempertimbangkan arahan dengan pertimbangan yg sudah masuk akal. Kita yg dewasa ni? Kadang-kadang kita sengaja menutup sebelah mata untuk hal yg sudah terang-terang kita ketahui akan kehitamannya. Puncanya? Kita takut paksi yg kita berdiri sekarang, adalah paksi yg berputar arah yg salah.




Adakah kita yg budak, lagi cerdik dari kita yg sekarang ni? Kita mudah bias. Sumbatlah apa sahaja di telinga kiri, asalkan telinga kiri terhalang dari mendengar bunyi dari belah kanan. Kita mahu, telinga kita mendengar bunyi dari kiri sahaja. Lepastu, kita pun menilai. Kadang-kadang menyalak. Tipikal orang kita, bila ada sesuatu isu berbangkit.




"Akaiiii adaaa? Akaiii???? Ha?? Akai ada????



Kau yg salah. Lepastu kau nak tegur herdik cerca orang. Selama ni sapa suruh kau tutup telinga? Nak tanya orang ada akal ke tak, semua orang ada akal. Bezanya, ada yg letak di kepala, ada yg letak di lutut.




Celaka apa nak menilai sesuatu kalau kau tak dengar kedua belah pihak punya cerita? Baik kau jadi budak semula. Entah-entah kau lagi cerdik.  















Marah ni marah.




Kalau pekena teh o panas dengan bebudak Ipoh pun, belum tentu reda lagi.











Read More

Hak Untuk Dilindungi, Hak Kami!


25/12/2012, 6.20 am

Pagi - pagi ni gua nak korang yang tak solat lagi, pegi solat dulu.. Perangai.. Bangun - bangun terus Online, tak solat.. Puuuii! =D  (Pesanan ringkas untuk Muslimin...)




Dah selesai solat, meh baca ni. Gua nak tulis, bagi lu orang hadam. Tak payah sarapan dengan nasi lemak, tapi sarapan dengan entri ini.


Lu orang ada perasan ka yang sekarang ini satu trend baru (tak lah baru sangat) dalam kegiatan jenayah sedang meningkat naik. Trend yang gua maksudkan adalah jenayah terhadap kanak - kanak/bayi.

Ada perasan tak?

Ya, gua perasan benda ini. Pasal semalam sahaja masa gua tengah belek - belek surat khabar online, gua mendapatkan dua kes seperti itu.

1. Kes bakar bayi  <-- Bayi tersebut disyaki didera dahulu sebelum dibakar. 80% badannya terbakar.

2. Bomoh rogol kanak - kanak 12 tahun  <-- dikatakan berubat dengan mengeluarkan batu dari kemaluan, rupa - rupanya bukan bawa keluar, bomoh tu pula yang masukkan sesuatu. Cis!

dan, tak lama dari kedua - dua kes ini dalam bulan yang sama, kes bapa tiri yang mendera anak tirinya dan dalam tahun ini (atau tahun lepas) juga kes ibu yang memukul bayinya sendiri.

dan, jangan pernah lupa pada pembuangan bayi yang tak pernah berhenti..

Ingat tak dulu dalam tahun 2004 - 2005 (kalau tak silap), kes - kes rogol terhadap kanak - kanak meningkat naik. Ada yang sampai rogol dan bunuh. Ini kes yang berjaya dikesan. kes yang sunyi kerana diperlakukan oleh ahli keluarga sendiri, yang mana si mangsa takut untuk melaporkan kepada ibu sendiri kerana diugut oleh ayah/abang/atuk..

Dulu rogol/cabul.. Kemudian buang bayi.. Kemudian dera..



Sekarang ni wajib tak gua marah. Gua rasa kalau dah macam ni, jatuh hukum wajib marah dah ni, tapi takpe.. Kita bincang.. Kita bincang... Nak marah pun, nak marah kat sape kan..


Seingat gua lah, jenayah terhadap kanak - kanak/bayi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Trend ini sudah sekian lama menerawang tanpa henti dalam masyarakat kita.

Dera, rogol, buang.. Jenayah sebegini lebih berbahaya dari kes - kes penculikan lalu memperdagangkan mereka kerana kes - kes seperti itu dilakukan oleh anggota yang hampir dengan mangsa atau dalam lingkungan penjagaan warisnya sendiri.





Kalau dah begini nak salahkan siapa? Sikap? Sistem? Diri Sendiri? Masyarakat? Ibu Bapa? Guru - guru?

nanti semua orang dipersalahkan.. namun isu tak pernah selesai.

Apakah Malaysia sendiri sudah tak selamat untuk kanak - kanak/bayi?




Kalau dah begini, keluar - keluar je ke dunia, bayi dah kena belajar survive sendiri. Belajar karate ke, taekwondo ke, senang nak jaga diri masa pembesaran.

Nak harapkan yang dah tua - tua ni, Puiiii!



(post ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap hak mereka sebagai kanak - kanak untuk dilindungi dan disayangi)

Read More

(tajuk yang catchy)

#PostDua

Ipoh

bak kata cik Roslan ,

"is where the old money lie"

define old?

"aku cakap ; tua"

define money?

"aku cakap ; uwang"

dia balas

"betul la tu.." 


cilaka !


gua ingat ade la jawapan yang bombastik or cliche sikit

biasala yang tanya pun bukan budak bodoh alang 


kita selalu pikir yang susah susah, 

tengok satu benda bodo pun,

pikir sampai lapan belas juta kali..




jadi apa yang aku cuba relevankan dengan situasi kat atas yang aku yakin haram sepatah pun tak akan tele dengan perenggan berikut ini, 



aku akan taip jugak !




orang bodo je senang nak deal dengan benda bodo ni

dapat kat orang pandai , die jadi susah !

kadang kadang nak deal dengan benda bodo

kita kena berlakon bodo, supaya

benda bodo tu

dibodokan..


sebagai contoh 


" Bos ! , kad atm aku ni rosak ye, aku cek baki akaun pagi tadi , still sama je amaun.........kan gaji bos dah bank in minggu lepas? "



Read More

Sunday 23 December 2012

sembang kuli

#PostSatu


hari ni esok lusa aku bangun aku masih kuli

tak kisah , 

kalau aku pembantu am , pelajar , atau JUSA sekali pun

aku masih kuli,

mai la tendang kot mana pun aku masih kuli

tapi tak apa.. sebab aku masih melayu

tapi

melayu buta

melayu buta yang masih kuli


orang kampung tanya: 

"kenapa aku melayu buta?"

aku cakap 

"sebab aku kuli ! "

hari ini aku kuli dia, kalau tak suka 

esok aku anta resume , 

aku apply jadi kuli tempat lain,


orang kampung tanya lagi :

"bila hang nak celik?"

aku jawab

"tunggu aku jadi bos!"

orang kampung balas:

hakikat dia esok lusa kalau jadi bos

"hang bukan buta saja, hang jadi pekak , buta dan sepuluh kali tuli"

aku angguk

dan






beransur pergi




ptuih!
Read More

Wednesday 19 December 2012

Wahh.. Manyak Langsi oo...




Ada dengar ka pasal itu gaduh2 di Sungai Petani?


Kalau ikut kenyataan IPD Kuala Muda, hal dah selesai. Maka tiada lagi kecoh - kecoh..


Gaduh - gaduh..


Gua rasa zaman belasah orang sana, belasah orang sini, 'riot', segala yang macam tu dah outdated lah. Pasal a, terakhir gua dengar gaduh - gaduh pasal 'baju' yang lu pakai a, tahun 2000 dulu.. Zaman sub-culture tengah membara..

Dulu mungkin la gaduh pasal lain taste muzik.


Sekarang?

Mau tunjuk sapa lagi kuat?

Mau tunjuk sapa samseng besar, sapa abang besar?



Tak payah la.. Buat sakit badan saja.. Mungkin pengaruh televisyen yang terlalu kuat kut. Ye lah, lambakan cerita - cerita gangster yang nampak macam cool je..

Tapi cool atau style tu dalam wayang je ma..

Dunia realiti, lu langsi, lu bodoh ma...


Aku hormat kau, kau hormat aku, kalau ada apa - apa bincang satu meja.. Macam ini lah orang bertamadun. Bincangkan secara aman dan damai. Badan tak sakit.

Ini bila tak puas hati je, mau tetak sana, mau pukul sini..

Kalau beginilah, otak banyak tak matang. Sudah seperti lembu..





Gangster ka, samseng ka, tolak tepi....

Lebih baik kita duk sekali layan kopi kapal api! =D

(*Gua dengar incik Tikus manyak langsi kat itu Keyel. Sudah jadi abang besar di sane! haha)
Read More

Wednesday 12 December 2012

Coki-coki.




Gabungan. Bergabung. Meletup. Adam dan Stesi. Dia lebih kurang macam bersatu tenaga. Tenaga daripada segi pemikiran, sosialisasi, pergaulan, percikan idea, emosi, dan sebagainya. Disini mungkin tempat untuk lebih daripada satu kepala, akan mengadun kesemua medium itu untuk dijadikan satu cerita.

Ah celaka. Aku sendiri tak paham. Pandei-pandei le engkorang pahamkan.



Orang yg menulis sesuatu perkara, dan hasil tulisannya boleh dibaca orang lain. Itulah penulis. Namun, aku tak paham kenapa yg menaip, masih juga diketegorikan sebagei penulis. Tapi tu tak jadi hal, pasal hasil taipan dia, masih juga dapat dibaca orang. Jadi, dia duduk dalam ketegori penulis.



Masuk bab picisan ni yg aku malas ni. Picisan ni sebenonye mende??? Tadi aku gugel, dia kata picisan ni bolehlah ditakrifkan sebagei bahan bacaan yg tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembaca. Kah kah kah. Ni yg paling aku suka. Ko kalau nak cari faedah, jangan datang sini. Cuba carik dekat supermarket kot kot ada.

Tapi aku berani jamin, picisan dekat sini dia tak sama macam romanpicisan.




Ipoh? Ye aku dari Ipoh. Bulat pun dari Ipoh. Yg lain-lain yg bakal menyusul pun, dari Ipoh jugak. Cuma, kami semua merantau. Tapi ada jugek yg tak merantau. Yg jenis tak merantau ni, kita gelar dia sebagei GPS Ipoh. Kah kah kah. Pasei deme ni jenis hapal semua jalan-jalan selok-belok dari A sampaila ke 100, dekat Ipoh tu.






Ok sekarang ni aku nak konfemkan betul-betul dengan engkorang. Engkorang betul ke tau Ipoh tu kat mana???



Aku dah agak. Aku memang dah agak. Engkorang ni sebenonya samar-samar lagi. Ipoh tu Ipoh la. Jangan samakan dengan Holiwud.













Jaga-jaga, mulai dari sekarang, engkorang akan dihidangkan sesuatu yg luar biasa. Yg lebih luar dari luar biasa. Yg lebih dalam dari kebiasaan.







*Terima kasih Bulat kerana walaupun sibuk gugel cara nak wasap menerusi laptop, dia tetap sudi mewujudkan benda-benda picisan yg tak masuk akal macam ni, Terima kasih. Aku balik Ipoh nanti, aku belanja coki-coki.


**Aku mintak maaf pasal aku tak tahu tajuk yg sesuai.








Read More

Secara Ofisial ia Dibuka!!



Halo, halo.. Papan kekunci cek 1, 2, 3....

Ehem, ehem...



As-Salam, pembuka bicara....

Sini gua nak mulakan satu post dahulu sebagai menghormati permintaan Founding Father; Incik Tikus. Gua mintak dia mulakan dulu, tapi mungkin dia tengah sediakan teks ucapan yang lebih gempak, so beliau mintak gua mulakan dulu... Takpa, kita tunggu post dia yang berikutnya.. kehkehkeh..


Ok, sebagai permulaan Blog ini bolehlah dikatakan sebagai satu adegan hobi yang berfaedah bagi kami yang menulis dan berfaedah juga untuk anda sebagai pembaca kerana kami akan menulis pada waktu lapang dan anda akan membacanya di waktu lapang juga.


Kami akan cuba menghidangkan kepada para pembaca dengan kepelbagaian gaya penulisan serta idea untuk digarap dan dihadamkan, dengan harapan tidaklah kalian berasa bosan ketika melayari Blog ini..


Buat setakat ini, masih belum ada satu tema utama yang ingin diketengahkan kerana masih belum ada apa - apa kata putus dari Incik Tikus..




Maka tamatlah sudah post yang pertama ini...



Read More

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena