Monday 24 December 2012

Hak Untuk Dilindungi, Hak Kami!


25/12/2012, 6.20 am

Pagi - pagi ni gua nak korang yang tak solat lagi, pegi solat dulu.. Perangai.. Bangun - bangun terus Online, tak solat.. Puuuii! =D  (Pesanan ringkas untuk Muslimin...)




Dah selesai solat, meh baca ni. Gua nak tulis, bagi lu orang hadam. Tak payah sarapan dengan nasi lemak, tapi sarapan dengan entri ini.


Lu orang ada perasan ka yang sekarang ini satu trend baru (tak lah baru sangat) dalam kegiatan jenayah sedang meningkat naik. Trend yang gua maksudkan adalah jenayah terhadap kanak - kanak/bayi.

Ada perasan tak?

Ya, gua perasan benda ini. Pasal semalam sahaja masa gua tengah belek - belek surat khabar online, gua mendapatkan dua kes seperti itu.

1. Kes bakar bayi  <-- Bayi tersebut disyaki didera dahulu sebelum dibakar. 80% badannya terbakar.

2. Bomoh rogol kanak - kanak 12 tahun  <-- dikatakan berubat dengan mengeluarkan batu dari kemaluan, rupa - rupanya bukan bawa keluar, bomoh tu pula yang masukkan sesuatu. Cis!

dan, tak lama dari kedua - dua kes ini dalam bulan yang sama, kes bapa tiri yang mendera anak tirinya dan dalam tahun ini (atau tahun lepas) juga kes ibu yang memukul bayinya sendiri.

dan, jangan pernah lupa pada pembuangan bayi yang tak pernah berhenti..

Ingat tak dulu dalam tahun 2004 - 2005 (kalau tak silap), kes - kes rogol terhadap kanak - kanak meningkat naik. Ada yang sampai rogol dan bunuh. Ini kes yang berjaya dikesan. kes yang sunyi kerana diperlakukan oleh ahli keluarga sendiri, yang mana si mangsa takut untuk melaporkan kepada ibu sendiri kerana diugut oleh ayah/abang/atuk..

Dulu rogol/cabul.. Kemudian buang bayi.. Kemudian dera..



Sekarang ni wajib tak gua marah. Gua rasa kalau dah macam ni, jatuh hukum wajib marah dah ni, tapi takpe.. Kita bincang.. Kita bincang... Nak marah pun, nak marah kat sape kan..


Seingat gua lah, jenayah terhadap kanak - kanak/bayi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Trend ini sudah sekian lama menerawang tanpa henti dalam masyarakat kita.

Dera, rogol, buang.. Jenayah sebegini lebih berbahaya dari kes - kes penculikan lalu memperdagangkan mereka kerana kes - kes seperti itu dilakukan oleh anggota yang hampir dengan mangsa atau dalam lingkungan penjagaan warisnya sendiri.





Kalau dah begini nak salahkan siapa? Sikap? Sistem? Diri Sendiri? Masyarakat? Ibu Bapa? Guru - guru?

nanti semua orang dipersalahkan.. namun isu tak pernah selesai.

Apakah Malaysia sendiri sudah tak selamat untuk kanak - kanak/bayi?




Kalau dah begini, keluar - keluar je ke dunia, bayi dah kena belajar survive sendiri. Belajar karate ke, taekwondo ke, senang nak jaga diri masa pembesaran.

Nak harapkan yang dah tua - tua ni, Puiiii!



(post ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap hak mereka sebagai kanak - kanak untuk dilindungi dan disayangi)

0 comments:

Post a Comment

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena