Monday 24 December 2012

Akai ada? Akai??





Disebuah pasaraya,



"Krukkk krukkk krukkk krukkk......."



"Adik... Jangan garu!" Seorang wanita tiba-tiba bersuara menegur anaknya yg masih dalam lingkungan 2-3 tahun.



Perbuatan anaknya itu, menjadi tumpuan orang ramai. Termasuk juga keshier yg sedang sibuk bertungkus lumus memulangkan duit baki pelanggan.




"Krukkkk krakkk krukkkk krakkkkk........."



"Adikkkk....... Jangan garu kat dalam. Berapa kali mak nak cakap ni???" Ibunya bersuara lagi. Kali ini lebih tegas.



Budak lelaki yg bergelar "adik" itu, hilang fokus untuk meneruskan penggaruan. Tangan yg bertempat di dalam seluar, ditariknya keluar. Sambil itu, dia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memasukkannya semula dan meneruskan perbuatan tersebut. Mungkin, gatalnya masih belum surut. Mungkin jugak, entah ke miang buluh mana yg dah melekat di kawasan itu.





"Krukkkk krukkkkk krukkkkkkk"



Kali ini, lebih ramai mata yg memerhatikan gelagat itu. Semuanya berakhir dengan senyuman.




"Adikkkk....!" Nada si ibu sedikit menaik.


"Jangan garu kat dalam...... Nak garu, garu kat luar". Tegas si ibu kerana segan dengan krukkk krukkk krukk anaknya itu.





Tanpa diduga, budak itu pantas mengeluarkan tangannya dari dalam seluar, dan berlari meninggalkan ibunya.






"Krukkk krukkk krukkk........."




"Adik! Jangan garu......" Ucap si ibu sebaik mendapatkan anaknya yg berlalu pergi tadi.



"Kan ibu jugak yg cakap, nak garu, garu kat luar? Ni kat luar la ni". Balas si anak sambil meneruskan penggaruannya di luar pasaraya, tetapi tangan masih di dalam seluar.





***




Tengoklah betapa sucinya pemikiran budak-budak. Mereka sudah mampu berfikir secara lojik. Mempertimbangkan arahan dengan pertimbangan yg sudah masuk akal. Kita yg dewasa ni? Kadang-kadang kita sengaja menutup sebelah mata untuk hal yg sudah terang-terang kita ketahui akan kehitamannya. Puncanya? Kita takut paksi yg kita berdiri sekarang, adalah paksi yg berputar arah yg salah.




Adakah kita yg budak, lagi cerdik dari kita yg sekarang ni? Kita mudah bias. Sumbatlah apa sahaja di telinga kiri, asalkan telinga kiri terhalang dari mendengar bunyi dari belah kanan. Kita mahu, telinga kita mendengar bunyi dari kiri sahaja. Lepastu, kita pun menilai. Kadang-kadang menyalak. Tipikal orang kita, bila ada sesuatu isu berbangkit.




"Akaiiii adaaa? Akaiii???? Ha?? Akai ada????



Kau yg salah. Lepastu kau nak tegur herdik cerca orang. Selama ni sapa suruh kau tutup telinga? Nak tanya orang ada akal ke tak, semua orang ada akal. Bezanya, ada yg letak di kepala, ada yg letak di lutut.




Celaka apa nak menilai sesuatu kalau kau tak dengar kedua belah pihak punya cerita? Baik kau jadi budak semula. Entah-entah kau lagi cerdik.  















Marah ni marah.




Kalau pekena teh o panas dengan bebudak Ipoh pun, belum tentu reda lagi.











0 comments:

Post a Comment

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena