Wednesday 12 December 2012

Coki-coki.




Gabungan. Bergabung. Meletup. Adam dan Stesi. Dia lebih kurang macam bersatu tenaga. Tenaga daripada segi pemikiran, sosialisasi, pergaulan, percikan idea, emosi, dan sebagainya. Disini mungkin tempat untuk lebih daripada satu kepala, akan mengadun kesemua medium itu untuk dijadikan satu cerita.

Ah celaka. Aku sendiri tak paham. Pandei-pandei le engkorang pahamkan.



Orang yg menulis sesuatu perkara, dan hasil tulisannya boleh dibaca orang lain. Itulah penulis. Namun, aku tak paham kenapa yg menaip, masih juga diketegorikan sebagei penulis. Tapi tu tak jadi hal, pasal hasil taipan dia, masih juga dapat dibaca orang. Jadi, dia duduk dalam ketegori penulis.



Masuk bab picisan ni yg aku malas ni. Picisan ni sebenonye mende??? Tadi aku gugel, dia kata picisan ni bolehlah ditakrifkan sebagei bahan bacaan yg tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembaca. Kah kah kah. Ni yg paling aku suka. Ko kalau nak cari faedah, jangan datang sini. Cuba carik dekat supermarket kot kot ada.

Tapi aku berani jamin, picisan dekat sini dia tak sama macam romanpicisan.




Ipoh? Ye aku dari Ipoh. Bulat pun dari Ipoh. Yg lain-lain yg bakal menyusul pun, dari Ipoh jugak. Cuma, kami semua merantau. Tapi ada jugek yg tak merantau. Yg jenis tak merantau ni, kita gelar dia sebagei GPS Ipoh. Kah kah kah. Pasei deme ni jenis hapal semua jalan-jalan selok-belok dari A sampaila ke 100, dekat Ipoh tu.






Ok sekarang ni aku nak konfemkan betul-betul dengan engkorang. Engkorang betul ke tau Ipoh tu kat mana???



Aku dah agak. Aku memang dah agak. Engkorang ni sebenonya samar-samar lagi. Ipoh tu Ipoh la. Jangan samakan dengan Holiwud.













Jaga-jaga, mulai dari sekarang, engkorang akan dihidangkan sesuatu yg luar biasa. Yg lebih luar dari luar biasa. Yg lebih dalam dari kebiasaan.







*Terima kasih Bulat kerana walaupun sibuk gugel cara nak wasap menerusi laptop, dia tetap sudi mewujudkan benda-benda picisan yg tak masuk akal macam ni, Terima kasih. Aku balik Ipoh nanti, aku belanja coki-coki.


**Aku mintak maaf pasal aku tak tahu tajuk yg sesuai.








0 comments:

Post a Comment

© 2011 Gabungan Penaip Picisan Ipoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena